MENU
 

2

Majlis Perbandaran Kuala Kangsar telah menerima hadiah Naib Johan bagi Pertandingan Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2020 Negeri Perak yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Negeri Perak dan Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. MPKK telah merangkul dua kemenangan iaitu Naib Johan bagi kategori bangunan kerajaan dan Naib Johan bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan.

Majlis Jamuan Teh & Penyampaian Hadiah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2020 Negeri Perak Darul Ridzuan Sesi telah diadakan pada 15 September 2020 dengan keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim ke.

1

Turut berangkat DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; DYAM Raja Di Hilir, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Iskandar dan DYAM Raja Puan Muda, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Pada majlis tersebut, MPKK telah diwakili oleh Tuan Zulqarnain Mohamad, Yang Dipertua MPKK, Encik Mohd. Ikram Ahmad, Setiausa Perbandaran, Encik Azri Hisham Mohd Yusof, Pegawai Tadbir dan Tuan Haji Shahidin Mohd Yusof, Jurutera.

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja MPKK yang bertungkus-lumus membuat persiapan untuk menyertai pertandingan ini. Semoga kerjasama yang diberikan antara setiap jabatan ini akan terus dikekalkan.