MENU
 

gtgryg

Kuala Kangsar, 12 Mac 2021 – PROGRAM TAK NAK SAMPAH HARAM

Sekitar jam 9.00 pagi MPKK telah melaksanakan program pembersihan tapak sampah haram di tiga lokasi iaitu Simpang Lawin, Kampung Stesen dan Taman Kuala Kangsar. 

Tuan Zulqarnain Mohamad, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar turut berkesempatan menyertai program ini. “MPKK giat menanggani isu pembuangan sampah haram, namun kerjasama dan tanggungjawab daripada semua pihak amat diperlukan bagi memastikan daerah kita ini bersih”, ujar beliau.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang turut bersama-sama menyertai program ini. Budayakan pembuagan sampah ditempat yang betul dan kita jaga sampah kita bagi melestarikan keindahan Kuala Kangsar.

gtgryg 2