MENU
 

park

 

PROMOSI: TIADA BAYARAN PARKIR KENDERAAN JIKA ANDA KIBARKAN BENDERA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN BERSEMPENA HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK

Pada 6, 7 & 8 November 2020 ini, kenderaan yang mengibarkan bendera negeri Perak tidak perlu membuat bayaran parkir di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Dan pada bulan November 2020 ini juga tiada bayaran parkir kenderaan dikenakan pada hari Ahad.

Terma dan syarat bagi promosi ini adalah, kenderaan anda perlu mempamerkan/ mengibarkan bendera Perak, parkir atau meletak kenderaan di kotak yang betul dan jika kenderaan diletakkan di tempat yang menghalang lalu lintas, pihak kami akan mengenakan tindakan ke atas anda.

Promosi bersempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak ini bertujuan menyemarak dan mengharmonikan daerah Kuala Kangsar dengan bendera negeri Perak Darul Ridzuan.