MPKK telah menggariskan 12 Piagam Pelanggan yang meliputi semua jabatan yang menjurus kepada peningkatan kualiti dan memenuhi kehendak pelanggan. Piagam Pelanggan tersebut berindukkan pernyataan seperti dibawah:
Kami berjanji bekerja dengan komitmen dan dedikasi untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra, amanah dan berkualiti ke arah menjadikan Kuala Kangsar Indah Permai, janji kami adalah :-
- Memberi perkhidmatan pungutan sampah setiap hari di kawasan pusat bandar, jalan utama, dan tiga kali seminggu di kawasan perumahan
- Pemotongan rumput dilakukan dua kali sebulan di kawasan pusat bandar, padang permainan kanak-kanak, jalan utama, dan sebulan sekali di kawasan perumahan
- Melaksanakan kerja-kerja pembersihan perparitan awam mengikut jadual seperti berikut:
- Longkang Internal ( dalaman ) 1 bulan sekali
- Longkang External ( luaran ) 3 bulan sekali
- Meluluskan permohonan lesen di dalam masa yang ditetapkan seperti berikut sekiranya semua syarat-syarat yang berkaitan dipatuhi:
- - Lesen Iklan 1 hari
- - Lesen Penjaja 1 hari
- - Lesen Premis 1 hari
- - Lesen Anjing Serta Merta
- - Lesen Kilang 30 hari
- Meluluskan pelan bangunan di dalam masa yang ditetapkan seperti berikut sekiranya semua syarat-syarat yang berkaitan dipatuhi:
- - Ubahsuai/pindaan bangunan 7 hari
- - Pelan Bangunan Sesebuah 1 bulan
- - Sekim Perumahan/Kilang 2 bulan
- Meluluskan sijil layak menduduki dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima yang mematuhi kehendak yang ditetapkan oleh Jabatan Teknikal.
- Pengeluaran bil cukai taksiran tidak lewat dari 10 Januari dan 10 Julai setiap tahun untuk dihantar kepada pembayar cukai.
- Memberi peluang kepada pemilik harta membuat bantahan terhadap nilai tahunan yang ditetapkan dan memberi keputusan bantahan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh penerimaan surat bantahan.
- Semua aduan yang diterima akan diberi maklum balas akuan terima aduan awam dalam tempoh 3 hari bekerja dan memberikan maklumbalas tindakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima.
- Sentiasa berusaha menjadikan kawasan Majlis Perbandaran hijau dan berwarna-warni melalui program dan aktiviti landskap.
- Sentiasa berusaha menyediakan lebih banyak kemudahan awam supaya penduduk dapat menikmati kehidupan yang lengkap dalam sebuah bandar yang terancang.
- Menjelaskan pembayaran kepada pembekal/kontraktor dalam tempoh 10 hari dari tarikh bil dikemukakan dengan syarat dokumen adalah lengkap serta mematuhi peraturan kewangan dan kedudukan kewangan MPKK stabil.