APA ITU CUKAI TAKSIRAN?
Cukai Taksiran ialah bayaran cukai yang dikenakan ke atas pegangan harta berkadar yang terletak didalam kawasan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK ) :
- Rumah Kediaman
- Harta Perusahaan Kilang
- Harta komersil ( Kedai, Hotel, Kompleks dan sebagainya)
- Tanah Pertanian
- Tanah Kosong
Formula pengiraan = Nilai Tahunan x Kadar
TUJUAN CUKAI TAKSIRAN DIKENAKAN
- Membiayai kos operasi, pengurusan perkhidmatan dan pembangunan yang dijalankan oleh pihak MPKK untuk kemudahan dan keselesaan penduduk di kawasan MPKK. Ini adalah sesuai dengan objektif MPKK itu sendiri iaitu:
- Menjadi badan perancang, membangun, menyelenggara dan mentadbir kawasan.
- Penggerak perubahan dan pembangunan sosio-ekonomi di kawasan tempatan melalui perkhidmatan yang cekap dan berkesan penduduknya.
PEMBAYARAN
Bil-bil taksiran dikeluarkan dua kali setahun iaitu :
- Bulan Januari bagi bil penggal pertama ( Jan - Jun) perlu dibayar sebelum 28 Februari
- Bulan Julai bagi bil penggal kedua ( Julai - Dis ) perlu dibayar sebelum 31 Ogos