Kepada penduduk dan pengguna jalan, pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan menutup sementara jalan ini sehingga kerja-kerja membaik pulih jalan selesai dilaksanakan. Penutupan jalan ini bermula pada 20 April 2026 sehingga 26 April 2026. Pihak tuan / puan boleh menggunakan jalan alternatif yang berhampiran di kawasan tersebut.
Pihak MPKK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan, kecederaan, kecurian, kerosakan harta benda dan kecuaian jika berlaku pada tempoh tersebut. Diharapkan agar pengguna jalan dapat memberi kerjasama dan mengambil maklum tentang perkara ini.
Sila rujuk notis di bawah untuk maklumat lengkap. Segala kesulitan amat dikesali.
Sekian, terima kasih.