Kepada pengguna jalan, pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan menutup sementara jalan utama Taman Bunga Raya untuk kerja-kerja membaik pulih longkang, jalan dan lain-lain berkaitan seperti butiran berikut;-
Tarikh penutupan jalan : 6 Mei 2026
Tarikh dijangka tamat : 8 Julai 2026
Sehubungan itu, orang ramai khususnya pengguna jalan raya adalah dimohon untuk mengambil maklum serta memberikan kerjasama yang sewajarnya.
Segala kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.
Sekian, terima kasih.