MPKK tidak melantik pihak ketiga bagi melaksanakan kutipan pembayaran

Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) ingin memaklumkan kepada seluruh masyarakat Kuala Kangsar dan orang ramai amnya, Pentadbiran ini tidak pernah melantik mana-mana individu, ejen, wakil atau pihak ketiga bagi menjalankan kutipan bayaran kompaun, lesen, sewaan, cukai taksiran atau apa-apa bayaran lain yang melibatkan hasil MPKK.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang pembayaran kepada mana-mana individu atau akaun bank persendirian yang mendakwa mewakili MPKK bagi tujuan kutipan bayaran tersebut.

MPKK amat menggalakkan setiap urusan pembayaran menggunakan kaedah tanpa tunai dan dalam talian melalui laman web seperti berikut; https://ebayar.kualakangsar.gov.my/ atau https://pbtpay.kpkt.gov.my/ dan di kaunter pembayaran MPKK. Sila pastikan juga, setiap transaksi mendapat resit pembayaran rasmi.

Sebarang pertanyaan atau aduan, sila hubungi pentadbiran ini ditalian 05-210 2266 atau melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sekian, terima kasih.

mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

  • 05 - 210 2266 (Hotline)

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 06/08/26 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas