Untuk makluman, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan menutup sebahagian jalan di Jambatan Taman Highland Park, Kuala Kangsar.
Orang ramai dimohon untuk menggunakan laluan alternatif yang berhampiran sehingga kerja-kerja baik pulih selesai dilaksanakan.
Pihak MPKK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan/ kecederaan/ kerosakan harta benda sekiranya berlaku dalam tempoh tersebut.
Diharapkan notis pemberitahuan ini dapat dipatuhi. Segala kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.
Dengan perintah,
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KUALA KANGSAR