Adalah dimaklumkan bahawa, laluan motosikal kerangka besi di Jambatan Victoria, Karai yang menghubungkan kawasan Pekan Karai dengan kawasan Kampung Seberang Karai akan ditutup bermula 1 Oktober 2026 (Khamis).
Penutupan ini merupakan langkah kawalan dan pencegahan bagi mengurangkan risiko kemalangan serta memastikan keselamatan orang awam. Sehubungan itu, pengguna motosikal diminta menggunakan laluan motosikal konkrit bersebelahan jambatan konkrit Keretapi Tanah Melayu (KTM).
Kerjasama semua pihak untuk mematuhi arahan ini amat dihargai demi keselamatan dan kepentingan bersama. Majlis Perbandaran Kuala Kangsar tidak akan bertanggungjawab atas segala kemalangan, kecederaan, kerugian dan kerosakan yang berlaku disebabkan keingkaran serta kecuaian pengguna laluan tersebut.
Dengan perintah,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kuala Kangsar